Syarat-Syarat Menjadi Ejen & Dropship Zarazra

Pakej-Pakej Zarazra

Syarat Untuk Menjadi Ejen & Dropship Zarazra

  1. Ejen & Dropship mestilah berumur 18 tahun dan keatas.
  2. Ejen & Dropship boleh menjual terus produk zarazra kepada pelanggan dengan harga yang ditetapkan.
  3. Ejen perlu membeli pakej-pakej ejen yang ditawarkan melalui laman web www.zarazra.com. Klik sini untuk melihat cara membeli pakej
  4. Dropship perlu membayar yuran sebanyak RM50 sebagai syaraat untuk menjadi dropshiper zarazra.
  5. Jika dropship tidak membuat pembelian selama 3 bulan berturut-turut atau tidak mencapai jualan minima RM200 sebulan, kelayakan sebagai dropship akan ditamatkan.
  6. Dropship mestilah berdaftar dengan satu ejen sah zarazra.
  7. Ejen & Dropship dilarang sama sekali bermain harga dan tidak mengikut harga yang diselaraskan oleh HQ, jika didapati berbuat demikian dengan bukti yang kukuh status ejen & dropship akan ditamatkan..
  8. Jika ejen & dropship memasarkan / mengiklankan secara online, pembelian dibebaskan mengikut kawasan pelanggan dan penghantaran perlu dibuat sendiri oleh pihak ejen kecuali pembelian tersebut berlaku secara terus melalui HQ.
  9. Ejen & dropship bertanggungjawab menjaga dan memberi servis yang terbaik kepada pelanggan.
  10. Ejen & dropship bertanggungjawab menjaga kredibiliti produk & dan jenama zarazra

Syarat Pemulangan Produk

  1. Pemulangan produk hanya dibenarkan untuk produk yang rosak dari segi (salah produk, produk rosak, produk tidak boleh digunakan dan lain-lainn yang difikirkan berkaitan) dalam tempoh 2 hari selepas tarikh invois.
  2. Ejen & dropship tidak akan bertanggungjawab untuk produk yang mengalami kerosakan akibat bencana alam seperti (banjir, gempa dan sebagainya).

Cara Pembelian Produk

  1. Ejen yang berdaftar perlu membuat pembelian ataupun pembelian ulangan melalui laman web www.zarazra.com (ejen perlu login ke portal masing-masing terlebih dahulu untuk mendapatkan harga sebagai ejen mengikut pakej masing-masing)
  2. Pesanan secara manual atau melalui whatsapp tidak akan dilayan (untuk ejen)
  3. Semua order daripada ejen / dropship hanya akan diproses selepas bayaran penuh dibuat melalui laman web www.zarazra.com
  4. Semua bayaran perlu dibuat melalui laman web www.zarazra.com.

Keuntungan, Komisyen & Penghargaan

  1. Ejen akan mendapat keuntungan runcit sebanyak 20% – 40% mengikut pakej yang dibeli.
  2. Setiap dropshiper akan mendapat untuk runcit sebanyak 10% daripada harga jualan produk.
  3. Ejen yang membawa ejen yang lain kepada syarikat akan dibayar komisyen sebanyak RM70 untuk setiap seorang ejen yang diperkenalkan.
  4. Dropship yang membawa masuk dropshiper lain kepada syarikat akan dibayar komisyen sebanyak RM30 untuk setiap dropshiper yang diperkenalkan.
  5. Syarikat akan memberikan satu penghargaan samada berbentuk wang ringgit, barangan, percutian ataupun umrah kepada setiap ejen & dropshiper yang berjaya mencapai KPI yang ditetapkan.

Kempen Pemasaran

  1. Bagi memudahkan ejen & dropship melakukan jualan, pihak syarikat akan menyediakan kempen tentang kewujudan produk zarazra kepada pasaran umum secara online. Diantara platform yang akan memaparkan produk zarazra adalah seperti Facebook, Instagram & Google.
  2. Dalam masa yang sama, ejen & stokis juga bertanggungjawab untuk menyediakan dan membuat iklan sendiri bagi tujuan pemasaran dan penjualan produk.

Bengkel Latihan, Kursus dan Bahan Pemasaran

  1. Syarikat akan menyedian bahan promosi seperti copywriting, video dan gambar yang boleh digunakan untuk membantu pemasaran dan penjualan ejen/dropship zarazra. Kesemua bahan ini boleh diperolehi melalui pages,IG dan group support zarazra samada di Facebook, WhatsApp atau Telegram.
  2. Syarikat akan menyediakan kelas secara online yang akan membincangkan topiktopik tertentu dan berkaitan dengan pemasaran yang akan dilakukan seminggu sekali oleh tenaga pengajar syarikat ataupun tenaga pengajar yang dilantik. Walaubagaimanapun, ejen dan dropship atas inisiatif sendiri boleh menghadiri manamana kursus atau seminar untuk meningkatkan kemahiran menjual dan memasarkan produk.

Pengeposan Produk Kepada Ejen

  1. Syarikat akan membuat pengeposan dan COD terus kepada ejen.
  2. Penghantaran, pengeposan dan sebarang servis yang berkaitan dengan ejen adalah tanggungjawab syarikat.
  3. Jika barang yang dihantar didapati rosak atau pecah, penukaran barang tersebut adalah diantara pihak syarikat dan ejen.
  4. Sila maklumkan pada syarikat dalam masa dua hari bekerja, Jika terdapat masalah keatas barang yang diterima.
  5. Sebelum produk dihantar kepada pelanggan, Syarikat dan ejen wajib membuat QC keatas produk tersebut terlebih dahulu.

Salah Laku & Jenayah

  1. Pihak syarikat dan ejen akan membuat siasatan serta laporan polis jika didapati bersalah. Tindakan undang-undang akan diambil serta merta. (Surat peguam akan kami keluarkan bagi mewakili syarikat zarazra.
  2. Pihak syarikat berhak menamatkan kontrak terhadap EJEN atau DROPSHIP serta merta tanpa sebarang notis jika didapati bersalah.
  3. Setiap salah laku ejen-ejen zarazra termasuk sikap yang buruk serta apa-apa sahaja yang melibatkan nama baik syarikat akan diambil tindakan yang serius.

Berikut adalah beberapa salah laku yang boleh diambil tindakan:

  1. Bermain dengan harga/meletakkan harga sesuka hati.
  2. Pengubahsuaian hak cipta produk/trial set Sebarang perubahan atau penambahan terma dan syarat akan diberitahu dan dikemaskini dari masa ke semasa.